Alami cara baharu untuk meneroka aset, daripada rumah dan bangunan kepada lot tanah, semuanya tanpa meninggalkan rumah anda.
Alami visualisasi hartanah yang dengan teknologi pemetaan 3D terbaru
Bentuk dan lokasi hartanah yang tepat di integrasikan dengan Google Earth untuk visualisasi yang realistik.
Terokai infrastruktur, mercu tanda, kemudahan, kejiranan, pemandangan jalan, dan topografi di sekitar hartanah anda.
Akses paparan hartanah 3D anda dari sebarang peranti dengan reka bentuk responsif kami.
Pilih pakej yang sesuai dengan keperluan anda. Semua pakej termasuk ciri visualisasi hartanah 3D teras kami.
Sesuai untuk bakal pembeli, pemaju, pelabur atau sesiapa sahaja yang berminat dengan hartanah tertentu
Sesuai untuk ejen atau pemilik hartanah yang sentiasa sibuk dan sukar ke lokasi
Direka untuk perunding dengan tugas mencabar yang memerlukan tempoh pemasaran tambahan
Perlukan lebih banyak masa? Lanjutkan tempoh luput disini
Nak tukar tajuk, kandungan atau maklumat? Tekan butang dibawah
Untuk Retailer, Pemaju, Pelabur, Agensi, Firma Undang-undang atau tempahan pukal
Ubah hartanah anda menjadi pengalaman 3D interaktif dalam beberapa langkah mudah sahaja
Salur maklumat hartanah anda dalam bentuk geran yang telah diukur halus, termasuk butiran dan foto.
Kami kenalpasti sempadan lot, dan integrasikan dengan apl simulasi bumi.
Kongsi paparan hartanah 3D interaktif anda dengan pembeli atau pelabur yang berpotensi.
Dengar daripada profesional hartanah yang telah mengubah pemasaran hartanah mereka dengan MAP.sini
Cari jawapan kepada soalan biasa mengenai perkhidmatan MAP.sini
MAP.sini ialah perkhidmatan yang mengubah maklumat hartanah menjadi visualisasi 3D interaktif dikuasai teknologi Google Earth. Anda hanya perlu memberikan butiran geran, dan kami akan mencipta garisan tepat lot tersebut yang boleh diterokai oleh bakal pembeli.
Pemetaan hartanah kami sangat tepat, menggunakan koordinat GPS yang tepat dan data sempadan terkini. Kami berintegrasi dengan apl simulasi bumi untuk imejan satelit dan data lokasi terbaru.
MAP.sini berfungsi dengan semua jenis hartanah termasuk rumah kediaman, bangunan komersial, tanah kosong dan hartanah perindustrian asalkan ia mempunyai geran yang diperakui (PA). Tidak kira anda menjual, menyewa atau mempamerkan hartanah, kami boleh mencipta visualisasi 3D tersebut.
Ya, pakej Presenter+ kami dihadirkan dengan 2 (dua) permohonan mengedit. Pakej Viewer dan Presenter boleh juga memohon suntingan dengan bayaran tertentu.
Biasanya, garisan hartanah 3D akan siap dalam tempoh 24-48 jam selepas kami menerima semua maklumat dan gambar yang diperlukan.
Anda boleh melanjutkan tempoh luput paparan pada bila-bila masa melalui laman web kami. Hanya pergi bahagian "Lanjutkan Tempoh Luput" dan pilih tempoh lanjutan yang sesuai. Visualisasi 3D sedia ada akan kekal aktif sepanjang tempoh tersebut.